0nce upon a time, ada seorang si bodoh. Nak dijadikan cerita, si bodoh telah membuat keputusan untuk mengembara mengelilingi dunia. Di sepanjang perjalanannya, si bodoh telah banyak bertemu dengan orang yang susah.
"si bodoh, tolonglah saya! Saya tiada wang untuk membeli makanan untuk anak saya, kasihanilah saya"
Si bodoh pun membuat keputusan untuk menderma semua wangnya kepada wanita tersebut.
"si bodoh, tolonglah saya! Saya kesejukan, boleh awak bagi jaket awak kepada saya? Sekarang ni kan musim sejuk"
Si bodoh kasihankan lelaki itu lalu menghadiahkan jaketnya kepada dia.
"si bodoh, boleh tak saya makan makanan awak? Saya lapar sesangat!"
Seperti biasa, si bodoh menyerahkan semua makanannya yang sedikit itu kepada kanak-kanak tadi.
Selepas itu, si bodoh hanya tinggal sehelai sepinggang.Tapi si bodoh berasa sangat gembira kerana dia telah banyak menolong orang.Kemudian, si bodoh meneruskan perjalanannya lalu masuk ke dalam sebuah hutan.Terdapat monster di dalam hutan tersebut.Kemudian, si bodoh telah bertemu dengan mereka.
"si bodoh, boleh tak kalau kami meratah tangan awak? Kami sangat lapar kerana semua haiwan dalam hutan sudah tiada, sudah setahun kami tak makan"
Si bodoh pun membenarkan monster2 tersebut memakannya dan meratah tangannya.Begitulah seterusnya monster2 tersebut memakan si bodoh sehingga hanya tinggal kepalanya saja.Akhirnya, monster2 tadi telah mengorek mata si bodoh dan memakannya.
Kemudian, monster2 tadi telah menulis perkataan BODOH di atas kertas dan melemparkannya kepada si bodoh serta berkata " KAU MEMANG BODOH, SI BODOH!!".Si bodoh menangis kerana dia berasa terharu dan berasa sungguh gembira.Ini kerana itulah pertama kali seseorang yang dia tolong memberikannya sesuatu dan dia tidak kisah walau apa pun benda tersebut.Si bodoh menangis, menangis, menangis dan tidak dapat berhenti kerana dia tiada mata, keadaan itu berterusan sehinggalah ajalnya sampai..
The End
:: diadaptasi daripada fruits basket;November 19 2007::